Isnin, 21 Februari 2011

Nutrien Optimum vs Nutrien dalam Alfa Life



Secara teorinya, tumbuhan memerlukan beberapa nutrient utama daripada tanah untuk proses tumbesarannya. Masa demi masa, nutrient dalam tanah tidak dapat menampung kehendak tumbuhan lagi, sehinggalah kita dapat tahu bahawa tumbuhan itu kekurangan nutrien melalui tanda pada daun dan hasil buahnya. 


Perlu diingatkan, tanah yang subur bukan sahaja perlu mengandungi nutrient-nutrien tetapi mesti juga mempunyai bahan-bahan lain seperti berikut:

-         Bahan-bahan galian – Pasir, kelodak, lumpur, lanar atau bahan dari batu.
-         Mikrob – Bacteria, kulat dan alga.
-         Organisma Reput - Dari hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan mikrob.
-         Liang Udara – Rongga yang dipenuhi oleh air atau udara (gembur).


Antara nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan berdasarkan peratusan adalah seperti dibawah:



Kesemua nutrien diatas boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

1. Nutrien Makro
-  nutrien yang diperlukan banyak oleh tumbuhan 
(lebih 0.1% - Oksigen hingga Manganese).

2. Nutrien Mikro
- nutrien yang diperlukan sedikit sahaja untuk tumbesaran (kurang 0.1% - Fluorine hingga Selenium). 
* Lihat jadual diatas.


Sekarang, mari kita lihat kandungan nutrien dalam Alfa Life pula dan kita bandingkan dengan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan seperti jadual diatas:


*    F = FELDA Analytical Laboratory, 
    M = MARDI Agriculture Chemical Analysis Laboratory.
**  Kandungan nutrien-nutrien dalam
Alfa Life oleh FELDA dan MARDI diatas boleh dirujuk DISINI.



Ternyata, Alfa Life memenuhi 16 daripada 21 nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran tumbuhan. Terbuktilah Alfa Life adalah baja terbaik di Malaysia pada masa kini. Tapi nanti dulu, ada lagi kelebihan yang ditawarkan Alfa Life:



Baja Silicon belum lagi meluas penggunaannya di Malaysia memandangkan ketiadaan sumber dan kos yang tinggi untuk mengekstrak silicon yang mencukupi. Tetapi jika dilihat negara yang maju bidang pertaniannya seperti Thailand, penghasilan baja yang dikenali sebagai Asid Orthosilicic (H4SiO4) memang membantu dalam penghasilan hasil pertanian yang banyak sehingga boleh dieksport ke luar negara.




** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan