Sabtu, 19 Februari 2011

Bakteria di dalam Alfa Life dan Fungsinya





-         Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan mikroskop. Terdapat lebih dari 1 billion organisma dalam 1 gram tanah.

-         Kombinasi mikroorganisma dapat mendatangkan hasil yang lumayan jika tahu akan fungsinya tersendiri.

-         Mikroorganisma membantu menstabilkan tanah dengan menghasilkan glomalin iaitu sebagai gam, menyatukan zarah lumpur dan bahan organik dan seterusnya membantu membentuk tanah yang subur.

-         Mikroorganisma membantu menguraikan sebatian rumit dalam tanah seperti tannins, linguins, protein, karbohidrat, selulosa, pectin dan sebagainya bagi memudahkan penyerapan oleh tumbuhan.

-         Penggunaan baja sintetik/ kimia secara berterusan akan menyebabkan tanah menjadi tandus dan bakteria baik tidak dapat hidup bersama dalam jangka masa panjang.

-         Baja sintetik yang diberi ibarat member makanan terus kepada tumbuhan dan menyebabkan tanah kehilangan segala kebaikan yang diberikan oleh mikroorganisma ini termasuk:
i)                   Kawalan hakisan tanah.
ii)                 Menambah kandungan mineral dalam tanah.
iii)               Menyahkan toksik.
iv)               Menyihatkan pertumbuhan akar.
v)                 Mengurai bahan organik dalam tanah.



Bakteria-bakteria yang terdapat dalam Alfa Life

1. Bakteria Fotosintesis


-         Bakteria yang hidup berdikari yang menjana makanan untuk dirinya, bakteria lain dan tumbuh-tumbuhan.

-         Menggunakan tenaga foton dari matahari dan bahang dari tanah untuk membakar sumber organik, sumber bukan organik dan gas-gas merbahaya.

-         Menghasilkan unsur-unsur utama yang penting untuk tumbesaran tumbuhan seperti asid amino, asid nukleik, unsur bioaktif dan gula ringkas yang akan diserap terus oleh tumbuhan.

-        Unsur-unsur penting ini juga menjadi agen yang akan menarik dan menambah bilangan bakteria-bakteria baik yang penting untuk proses simbiosis sesama mereka.



2. Bakteria Yis


-         Bakteria yang hidup secara simbiosis menggunakan hasil dari bakteria fotosintesis seperti asid amino dan gula ringkas.

-        Menghasilkan unsur bioaktif seperti hormon dan enzim-enzim yang mengaktifkan sel-sel tumbuhan dan percambahan akar.

-         Hasil-hasil itu juga penting untuk menarik bakteria-bakteria baik lain seperti asid laktik.



3. Bakteria Asid Laktik


-         Merupakan bakteria kuat yang meneutralkan dan merencatkan mikrob merbahaya.

-         Menggalakkan proses penguraian bahan-bahan seperti lignin dan selulosa dan seterusnya mempercepatkan proses fermentasi.

-        -Juga membuang toksik yang disebabkan oleh bahan organik yang tidak terurai.

-         Menghasilkan asid laktik dari unsur karbohidrat dan gula.




Secara mudah hubungan antara bakteria-bakteria ini dapat dilihat seperti rajah dibawah:

Hubungan simbiosis antara bakteria dalam Alfa Life


Sememangnya penggunaan Baja Bermikrob ini masih sangat baru di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah jika para peladang masih sangsi lagi akan keberkesanannya. 

Tapi berdasarkan testimoni dan pengiktirafan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib, maka tidak mustahil baja Alfa Life ini akan menjadi peneraju dalam penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian. 




** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan