- Pembajaan foliar adalah teknik memberi baja kepada tanaman dengan menggunakan baja cair terus ke daun.
- Penyerapan terjadi melalui stomata daun dan juga melalui epidermis.
- Pergerakan nutrien biasanya lebih cepat melalui stomata, tetapi penyerapan total mungkin sama besar melalui epidermis.
- Tanaman juga boleh menyerap nutrisi melalui kulit (batang) mereka.
- Teknik ini ditemui oleh Dr. HB Tukey, penyelidik tanaman terkenal dari Michigan State University (MSU) Jabatan Hortikultur pada tahun 1950-an.
Baja foliar akan masuk melalui liang stomata (majoriti berada pada bahagian bawah daun) |
- Kaedah ini memberi kesan 8 hingga 10 kali lebih efektif membekalkan nutrien dan lebih pantas dari kaedah baja tanah.
- Apabila penyerapan baja meningkat, pembaziran akibat nutrien diserap oleh tanah dapat dihindar menggunakan sistem baja foliar ini.
- Yang lebih penting adalah dengan hanya penggunaan baja yang minima akan meningkatkan kadar pangambilan air dan nutrient oleh pokok, sesetengah pengkaji menyatakan dalam nisbah 6:1.
Pembajaan foliar juga sangat efektif untuk membekalkan nutrien yang berkurangan dengan pantas |
- Kesan selepas disembur baja foliar akan dapat dilihat pada warna daun yang semakin hijau disebabkan pengeluaran klorofil pada sel-sel daun yang terkena matahari yang akan mempercepatkan proses fotosintesis (proses membuat makanan dari cahaya matahari).
- Perbandingan kadar penyerapan antara penggunaan baja foliar dan baja butir:
SUMBER: olecro@agro-k.co & blog bajafoliarterbaik |
- Kelebihan tambahan penggunaan baja foliar Alfa Life:
1. Alfa Life mengandungi bakteria baik untuk berkomunikasi dengan tumbuhan bagi membekalkan nutrien yang optimum kepada tumbuhan.
2. Kaedah pembajaan yang fleksibel - Tak perlu sembur pada daun jika pokok terlalu tinggi, sembur saja pada batang.
3. Menjimatkan kos - Penggunaan baja yang sedikit sudah mencukupi disamping mengurangkan pembaziran jika menggunakan baja tabur yang akan larut air semasa hujan.