Isnin, 28 Februari 2011

Mekanisme Baja Foliar dalam Alfa Life





- Pembajaan foliar adalah teknik memberi baja kepada tanaman dengan menggunakan baja cair terus ke daun
- Penyerapan terjadi melalui stomata daun dan juga melalui epidermis. 
- Pergerakan nutrien biasanya lebih cepat melalui stomata, tetapi penyerapan total mungkin sama besar melalui epidermis. 
- Tanaman juga boleh menyerap nutrisi melalui kulit (batang) mereka.
- Teknik ini ditemui oleh Dr. HB Tukey, penyelidik tanaman terkenal dari Michigan State University (MSU) Jabatan Hortikultur pada tahun 1950-an.

Baja foliar akan masuk melalui liang stomata (majoriti berada pada bahagian bawah daun)

- Kaedah ini memberi kesan 8 hingga 10 kali lebih efektif membekalkan nutrien dan lebih pantas dari kaedah baja tanah.

-  Apabila penyerapan baja meningkat, pembaziran akibat nutrien diserap oleh tanah dapat dihindar menggunakan sistem baja foliar ini.

- Yang lebih penting adalah dengan hanya penggunaan baja yang minima akan meningkatkan kadar pangambilan air dan nutrient oleh pokok, sesetengah pengkaji menyatakan dalam nisbah 6:1.
Pembajaan foliar juga sangat efektif untuk membekalkan nutrien yang berkurangan dengan pantas




- Kesan selepas disembur baja foliar akan dapat dilihat pada warna daun yang semakin hijau disebabkan pengeluaran klorofil pada sel-sel daun yang terkena matahari yang akan mempercepatkan proses fotosintesis (proses membuat makanan dari cahaya matahari).

- Perbandingan kadar penyerapan antara penggunaan baja foliar dan baja butir:
SUMBER:
olecro@agro-k.co & blog bajafoliarterbaik

- Kelebihan tambahan penggunaan baja foliar Alfa Life:

1. Alfa Life mengandungi bakteria baik untuk berkomunikasi dengan tumbuhan bagi membekalkan nutrien yang optimum kepada tumbuhan.

2. Kaedah pembajaan yang fleksibel - Tak perlu sembur pada daun jika pokok terlalu tinggi, sembur saja pada batang.

3. Menjimatkan kos - Penggunaan baja yang sedikit sudah mencukupi disamping mengurangkan pembaziran jika menggunakan baja tabur yang akan larut air semasa hujan.



** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Isnin, 21 Februari 2011

Nutrien Optimum vs Nutrien dalam Alfa Life



Secara teorinya, tumbuhan memerlukan beberapa nutrient utama daripada tanah untuk proses tumbesarannya. Masa demi masa, nutrient dalam tanah tidak dapat menampung kehendak tumbuhan lagi, sehinggalah kita dapat tahu bahawa tumbuhan itu kekurangan nutrien melalui tanda pada daun dan hasil buahnya. 


Perlu diingatkan, tanah yang subur bukan sahaja perlu mengandungi nutrient-nutrien tetapi mesti juga mempunyai bahan-bahan lain seperti berikut:

-         Bahan-bahan galian – Pasir, kelodak, lumpur, lanar atau bahan dari batu.
-         Mikrob – Bacteria, kulat dan alga.
-         Organisma Reput - Dari hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan mikrob.
-         Liang Udara – Rongga yang dipenuhi oleh air atau udara (gembur).


Antara nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan berdasarkan peratusan adalah seperti dibawah:



Kesemua nutrien diatas boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

1. Nutrien Makro
-  nutrien yang diperlukan banyak oleh tumbuhan 
(lebih 0.1% - Oksigen hingga Manganese).

2. Nutrien Mikro
- nutrien yang diperlukan sedikit sahaja untuk tumbesaran (kurang 0.1% - Fluorine hingga Selenium). 
* Lihat jadual diatas.


Sekarang, mari kita lihat kandungan nutrien dalam Alfa Life pula dan kita bandingkan dengan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan seperti jadual diatas:


*    F = FELDA Analytical Laboratory, 
    M = MARDI Agriculture Chemical Analysis Laboratory.
**  Kandungan nutrien-nutrien dalam
Alfa Life oleh FELDA dan MARDI diatas boleh dirujuk DISINI.



Ternyata, Alfa Life memenuhi 16 daripada 21 nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran tumbuhan. Terbuktilah Alfa Life adalah baja terbaik di Malaysia pada masa kini. Tapi nanti dulu, ada lagi kelebihan yang ditawarkan Alfa Life:



Baja Silicon belum lagi meluas penggunaannya di Malaysia memandangkan ketiadaan sumber dan kos yang tinggi untuk mengekstrak silicon yang mencukupi. Tetapi jika dilihat negara yang maju bidang pertaniannya seperti Thailand, penghasilan baja yang dikenali sebagai Asid Orthosilicic (H4SiO4) memang membantu dalam penghasilan hasil pertanian yang banyak sehingga boleh dieksport ke luar negara.




** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Sabtu, 19 Februari 2011

Bakteria di dalam Alfa Life dan Fungsinya





-         Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan mikroskop. Terdapat lebih dari 1 billion organisma dalam 1 gram tanah.

-         Kombinasi mikroorganisma dapat mendatangkan hasil yang lumayan jika tahu akan fungsinya tersendiri.

-         Mikroorganisma membantu menstabilkan tanah dengan menghasilkan glomalin iaitu sebagai gam, menyatukan zarah lumpur dan bahan organik dan seterusnya membantu membentuk tanah yang subur.

-         Mikroorganisma membantu menguraikan sebatian rumit dalam tanah seperti tannins, linguins, protein, karbohidrat, selulosa, pectin dan sebagainya bagi memudahkan penyerapan oleh tumbuhan.

-         Penggunaan baja sintetik/ kimia secara berterusan akan menyebabkan tanah menjadi tandus dan bakteria baik tidak dapat hidup bersama dalam jangka masa panjang.

-         Baja sintetik yang diberi ibarat member makanan terus kepada tumbuhan dan menyebabkan tanah kehilangan segala kebaikan yang diberikan oleh mikroorganisma ini termasuk:
i)                   Kawalan hakisan tanah.
ii)                 Menambah kandungan mineral dalam tanah.
iii)               Menyahkan toksik.
iv)               Menyihatkan pertumbuhan akar.
v)                 Mengurai bahan organik dalam tanah.



Bakteria-bakteria yang terdapat dalam Alfa Life

1. Bakteria Fotosintesis


-         Bakteria yang hidup berdikari yang menjana makanan untuk dirinya, bakteria lain dan tumbuh-tumbuhan.

-         Menggunakan tenaga foton dari matahari dan bahang dari tanah untuk membakar sumber organik, sumber bukan organik dan gas-gas merbahaya.

-         Menghasilkan unsur-unsur utama yang penting untuk tumbesaran tumbuhan seperti asid amino, asid nukleik, unsur bioaktif dan gula ringkas yang akan diserap terus oleh tumbuhan.

-        Unsur-unsur penting ini juga menjadi agen yang akan menarik dan menambah bilangan bakteria-bakteria baik yang penting untuk proses simbiosis sesama mereka.



2. Bakteria Yis


-         Bakteria yang hidup secara simbiosis menggunakan hasil dari bakteria fotosintesis seperti asid amino dan gula ringkas.

-        Menghasilkan unsur bioaktif seperti hormon dan enzim-enzim yang mengaktifkan sel-sel tumbuhan dan percambahan akar.

-         Hasil-hasil itu juga penting untuk menarik bakteria-bakteria baik lain seperti asid laktik.



3. Bakteria Asid Laktik


-         Merupakan bakteria kuat yang meneutralkan dan merencatkan mikrob merbahaya.

-         Menggalakkan proses penguraian bahan-bahan seperti lignin dan selulosa dan seterusnya mempercepatkan proses fermentasi.

-        -Juga membuang toksik yang disebabkan oleh bahan organik yang tidak terurai.

-         Menghasilkan asid laktik dari unsur karbohidrat dan gula.




Secara mudah hubungan antara bakteria-bakteria ini dapat dilihat seperti rajah dibawah:

Hubungan simbiosis antara bakteria dalam Alfa Life


Sememangnya penggunaan Baja Bermikrob ini masih sangat baru di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah jika para peladang masih sangsi lagi akan keberkesanannya. 

Tapi berdasarkan testimoni dan pengiktirafan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib, maka tidak mustahil baja Alfa Life ini akan menjadi peneraju dalam penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian. 




** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Selasa, 15 Februari 2011

Kadar Penggunaan Alfa Life yang Disyorkan









1. Untuk kelapa sawit, getah & tanaman berbatang besar (durian, mangga, jambu batu): 500 ml Alfa Life dicampurkan dgn 18 liter air (1 tong penyembur), untuk 1/2 ekar kelapa sawit matang (3 tahun). Tanaman kurang 3 tahun hanya memerlukan 200ml Alfa Life + 18 liter air.



2. Untuk sayur-sayuran berdaun dan ubi: 500ml Alfa Life + 18 liter air, bagi ½ ekar, disembur pada batas sebelum ditanam. 200ml Alfa Life + 18 liter air, 2 minggu selepas ditanam.




3. Untuk pokok buah-buahan batang lembut (pisang, nenas): 500ml Alfa Life + 18 liter air, bagi 1 ekar. 200ml Alfa Life + 18 liter air, bagi pokok muda.




4. Untuk Cili: 200ml Alfa Life + 18 liter air disembur pada pokok. 10 ml dititiskan pada tanah utk pokok muda.



5. Untuk pokok bunga (kertas, bunga raya, jenjarum, orkid) dan sayur berbuah (strawberi, tomato, anggur): 500ml Alfa + 18 liter air dan disembur pada batas sebelum tanam. 200ml setelah ditanam.




6. Untuk padi: 200ml Alfa Life + 18 liter air disembur pada pokok, 2 kali semasa sebelum bunting dan setelah padi mula menguning. 



7. Boleh juga disemburkan pada rumput bagi menambahkan zat tambahan kepada ternakan anda dengan sukatan tertentu. Alfa Life memang 100% organik dan tidak membahayakan kepada ternakan utk memakannya. Baja kimia lain akan menyebabkan ternakan keracunan makanan.





*      Sembur pada ketinggian 2-3 kaki keliling batang pokok atau daun (yang tiada batang).
**    Bagi kekerapan baja, sila rujuk jadual lengkap dibawah:  
(klik pada jadual dibawah untuk paparan yang lebih jelas)




*   Sukatan dan kekerapan pengguunaan Alfa Life ini telah diuji keberkesanannya. Anda juga boleh menggunakan sukatan lain tetapi kos dan hasil tuaian mungkin akan berbeza daripada kajian kami.

** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Ahad, 13 Februari 2011

Perbandingan Kos Penggunaan Baja




Secara mudahnya penggunaan baja bagi 1 hektar/tahun tanaman kelapa sawit adalah seperti jadual dibawah:






Dan penggunaan bagi 10 ekar/tahun pula:








FAQ:
Soalan    : Kenapa hanya menggunakan 1 liter Alfa Life utk 1 ekar sawit. Macam tak cukup baja je?

Jawapan : Alfa Life menggunakan mikrob utk menyebarkan semua nutrien mengikut keperluan tumbuhan. Seperti yang kita tahu, mikrob ini akan membiak dengan cepat, berjuta-juta mikrob dapat dibiak dalam masa beberapa minit sahaja. Dengan dos yang sedikit sudah memadai untuk keperluan tumbuhan."




Jadi, kenapa masih menggunakan baja import yang mahal semata-mata untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Pilihlah Alfa Life yang ternyata menjimatkan ini!




AWAS!

Jangan tertipu dengan baja cecair lain yang lebih murah. Ia mungkin hanya baja Kimia dalam bentuk cecair yang tiada mikroorganisma baik (Smart Bacteria) didalamnya. Jika anda memakai baja tersebut, kesannya hanya seperti menggunakan baja kimia biasa kecuali dengan kelebihan penyerapan.




** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Jumaat, 11 Februari 2011

Alfa Life di dalam Media Massa







Bagi menunjukkan Alfa Life tidak hanya berjanji kosong kepada anda, beberapa pengguna telah ditemubual bagi membuktikan hasil yang diperolehi dengan penggunaan Alfa Life ini. Temuramah mereka telah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan terkemuka seperti dibawah:



(sambungan)
Alfa Life dalam akhbar Harakah 18-20 Jun 2010


Ternyata, Alfa Life bukan setakat menjimatkan dan mesra alam tetapi menghasilkan tuaian hasil pertanian yang lebih baik dari sebelumnya.



** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Khamis, 10 Februari 2011

Testimoni dan Pelanggan Alfa Life




1. Testimoni

Kajian selama 2 tahun oleh peneroka kelapa sawit di Felda Jengka dengan penggunaan Alfa Life 4 kali setahun, hasil tuaian telah meningkat 2 kali ganda, kepada 20 tan sebulan untuk 10 ekar tanah, dibandingkan 5-7 tan sahaja sebelum ini.

** Anda boleh menghubungi peneroka diatas menerusi nombor telefon tertera




2. Pelanggan

Antara pelanggan-pelanggan yang terlibat dalam ujian keberkesanan baja Alfa Life ini:

 


- MOCCIS Berhad.
- Felcra Kota Temalik, Johor.
- Seluruh Felda Jengka, Pahang.
- Felda Besout, Perak.
- Felda Sg. Tengi, Selangor.
- Felda Kemahang, Kelantan.
- Chenor, Pahang dll.




** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Selasa, 8 Februari 2011

Pengiktirafan yang diterima oleh Alfa Life




Demi menjaga kualiti dan hasil yang terbaik, Alfa Life telah menjalani beberapa ujian bagi membuktikan bahawa Alfa Life adalah baja yang terbaik di pasaran pada masa kini.
 


Alfa Life telah diperakui oleh: 

Felda Analytical Laboratory [Cert No: 089/2009] dan 





MARDI Agriculture Chemical Analysis Laboratory
[Test Report: D10/TR-2010(47)] sebagai baja yang lengkap kandungan nutriennya iaitu mengandungi 16 jenis nutrien didalamnya.



Dengan ini, tanpa was-was lagi, Alfa Life adalah baja yang lengkap dan terbaik di pasaran pada masa kini.


*   Untuk melihat perbandingan antara nutrien optimum dengan nutrien yang terdapat dalam Alfa Life, KLIK SINI.
** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI

Isnin, 7 Februari 2011

Kategori Baja Dalam Bidang Pertanian




Terdapat 3 jenis baja dalam bidang pertanian sekarang iaitu:


1.     Baja Sebatian/ Kimia 
- Terhasil dari bahan buangan kilang besi yang diproses untuk dijadikan bahan lain untuk kegunaan pertanian. 
- Juga boleh diperoleh hasil dari kajian makmal melalui campuran beberapa bahan kimia. 
-  Hanya mengandungi 3-4 nutrien penting yang diperlukan tumbuhan. 
- Memerlukan unsur-unsur baja lain untuk mencukupkan unsur yang diperlukan tumbuhan.
-  Ia terdapat dalam bentuk serbuk, butir, nugget dan cecair.

Contoh Sejenis Baja Kimia Butir

Hanya terdapat 3-4 unsur sahaja dalam baja kimia

Kesan Baja Kimia keatas Tanah


2.     Baja Kompos/ Organik 
- Terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat.
- Walaupun dikatakan baja organik ini mesra alam tetapi kandungan unsur didalamnya tidak mencukupi untuk sesuatu tumbuhan itu hidup dengan baik.
- Baja cacing, tanah gunung berapi dan najis binatang (guano) adalah tergolong dalam baja jenis ini.

Contoh Baja cacing
 
Baja Organik Cecair yang hanya mengandungi 3 unsur sahaja


3.     Baja Bakteria/ Mikrob 
- Terhasil dari tindakan bakteria baik yang telah diuji dimakmal. Smart Bakteria membekalkan semua 16 nutrien yang diperlukan kepada tanaman apabila berkurangan (tak perlu Baja lain). 
-  Teknologi baja yang terbaru dan terbaik dari segi kos mahupun hasilnya. 
- Terdapat hanya dalam bentuk cecair bagi memelihara hidupan bakteria baik yang hidup didalamnya. Baja Alfa Life adalah dalam kategori ini. Maklumat lanjut mengenai bakteria, klik SINI.

 Tiga bakteria yang terdapat didalam Alfa Life
Bagaimana 3 mikrob dalam Alfa Life bertindak


Alfa Life dalam 2 variasi pek (4 liter dan 150 ml)





*  Ada orang mengkategorikan baja mikrob ini dibawah baja organik tetapi lebih mudah di letakkan 1 kategori lagi bagi memudahkan pengkelasan. 

** Untuk keterangan lanjut mengenai baja Alfa Life ini, sila KLIK SINI